Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Terus Meledak, Kes Aktif 29,227


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 April hingga pukul 8:30 mlm 30 April 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi 400 ribu. Di peringkat global, lebih 151 juta kes dilaporkan dengan lebih 3 juta kematian. Lebih 128 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bermula dengan hanya tiga kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2020, Malaysia merekod kes kumulatif sebanyak 408,713 kes setakat 30 April 2021 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan menghampiri angka 30 ribu. Dengan sejumlah 390 kluster masih aktif dan 84 daripadanya mencetuskan kes baharu, mungkin sukar untuk mengharapkan pandemik koronavirus maut ini dapat dibendung dalam masa yang singkat. Sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat, 30 April 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kes harian baharu sebanyak 3,788 kes, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 29,227 kes. -BERNAMA  

Post a comment

0 Comments