Rencana : COVID 19: Kes Harian Baharu Terikat Empat Angka, Kes Hampir Cecah 2 Ribu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 April hingga pukul 8:30mlm 9 April 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi  357 ribu. Di peringkat global, lebih 134 juta kes dilaporkan dengan lebih 2.9 juta kematian. Lebih 108 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dengan 342 kluster aktif dan 67 daripadanya menambah kes baharu, Malaysia masih bergelut dengan kes harian baharu COVID-19 empat angka dan hari ini menghampiri dua (2) ribu kes. Dalam laporan harian Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), boleh dilihat dua kluster yang sering mencetuskan kes baharu koronavirus maut ini iaitu Kluster Tempat Kerja (KTK) dan Kluster Komuniti. Nampaknya tempat kerja terus menjadi ‘lubuk penularan’ COVID-19, antaranya kilang, tapak binaan, syarikat pembinaan, pusat perniagaan, pusat pendidikan, pusat pentadbiran awam dan syarikat perkhidmatan. -BERNAMA  

Post a comment

0 Comments