Rencana : COVID-19: Ledakan Kes Harian Baharu, Kes Aktif Hampir 30 Ribu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 April hingga pukul 12:00 tgh 30 April 2021.  Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melebihi 400 ribu. Di peringkat global, lebih 151  juta kes dilaporkan dengan lebih 3 juta kematian. Lebih 128 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bermula dengan hanya tiga kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2020, Malaysia kini merekod kes kumulatif sebanyak 404,925 kes setakat 29 April 2021 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan menghampiri 30 ribu.  Dengan sejumlah 378 kluster masih aktif dan 83 daripadanya mencetuskan kes baharu, mungkin sukar untuk mengharapkan pandemik koronavirus maut ini dapat dibendung dalam masa yang singkat. Sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 29 April 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kes harian baharu dalam negara kekal di atas paras tiga ribu, iaitu 3,332 kes, menjadikan kes  aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 28,093 kes. -BERNAMA  

Post a comment

0 Comments