Rencana : Karya Genre Indie Pupuk Budaya Membaca Generasi Muda


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- 'Kelabu', 'Anarki di Kuala Lumpur', 'Ngeri' adalah antara judul yang tidak asing lagi buat peminat buku Indie yang begitu popular sekitar tahun 2006. Fenomena 'indie' yang tercetus daripada penulis bebas dalam industri buku Malaysia pernah mencapai zaman kegemilangan suatu ketika dahulu sehingga dapat menaikkan kembali minat membaca dalam kalangan generasi muda. 'Indie' berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu 'independent' yang bermaksud bebas, merdeka dan tidak bergantung kepada orang lain. -BERNAMA  

Post a comment

0 Comments