Rencana : Warga Petugas Bernama Perlu Persiap Diri Ilmu Kemahiran Teknologi


Oleh Muhammad Basir bin Roslan Rencana ini sempena ulang tahun ke-54 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 20 Mei 2021. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tuan Azam Tuan Johan, 67,  berkhidmat sebagai warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama hampir 40 tahun di Biro Bernama Terengganu sebelum bersara wajib pada tahun 2012. Menyertai Bernama sebagai pembantu pejabat sekitar tahun 1972, beliau kemudian bertukar tugas sebagai operator teleks dari tahun 1975 sehingga tahun 1990. Apabila Bernama tidak lagi menggunakan mesin teleks, beliau dinaikkan pangkat sebagai operator komputer sehingga bersara wajib pada usia 58 tahun. Beliau turut menjadi wartawan sambilan Bernama selama kira-kira 18 tahun bermula sekitar tahun 2000. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments