Rencana : Bidan, Pengamal Penjagaan Ibu Lepas Bersalin Perlu Berdaftar  - LPPKN


Oleh Soon Li Wei Rencana ini adalah bahagian akhir daripada dua bahagian, mengenai keperluan menjadikan pusat penjagaan ibu selepas bersalin menjadi lebih selamat untuk ibu dan bayi. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Status ketauliahan, pengalaman serta latar belakang pengamal pusat penjagaan ibu bersalin (postnatal) perlu diambil kira sebelum melanggan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan.  Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan serta menjamin hak pelanggan memandangkan semakin banyak muncul pusat penjagaan seumpama itu.  Ketua Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah yang memberikan peringatan itu bagaimanapun berkata, sehingga kini masih belum ada lagi akta khusus untuk perkhidmatan pusat penjagaan ibu dan bayi ketika berpantang. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments