Rencana : Kluster Tempat Kerja: Ingkar SOP Perlu Hukuman Lebih Berat


Oleh Muhammad Basir bin Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kluster tempat kerja termasuk kilang masih dikesan berlaku ketika negara masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19 dan di sebalik peringatan demi peringatan untuk semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Statistik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini menunjukkan sektor perkilangan adalah penyumbang jumlah kes tertinggi bagi kategori kluster tempat kerja. Menurut beliau, sehingga 14 Jun 2021, sejumlah 1,328 kluster tempat kerja dikesan dan kebanyakan kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments