Rencana : COVID-19: Peralihan Ke Fasa Endemik Berliku, Kes Baharu Masih Empat Angka


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Sept hingga pukul 12:00tgh 17 Sept 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2 juta kes. Di peringkat global, lebih 227 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.6 juta. Lebih 204 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR  (Bernama) -- Meskipun kerajaan meletakkan sasaran untuk negara beralih ke fasa endemik COVID-19 menjelang Oktober depan, ia mungkin sukar menjadi kenyataan sekiranya kes jangkitan kembali melonjak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu lepas, beberapa hari selepas Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut beliau, perkumpulan orang ramai serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang rendah dikhuatiri akan mencetuskan semula penularan teruk COVID-19 dan membantutkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments