Rencana : COVID-19: Peralihan Ke Fasa Endemik Berliku, Kes Aktif Hampir 230 Ribu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Sept hingga pukul 8:30mlm 17 Sept 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2 juta kes. Di peringkat global, lebih 227 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.6 juta. Lebih 204 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR  (Bernama) -- Sasaran Malaysia untuk beralih ke fasa endemik pada penghujung Oktober ini mungkin sukar menjadi kenyataan sekiranya penularan COVID-19 kembali mengganas. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan ini pada Rabu lepas, beberapa hari selepas Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut beliau, perkumpulan orang ramai serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang rendah dikhuatiri akan mencetuskan semula penularan teruk COVID-19 dan membantutkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments