Rencana : Dari Estet Ke England, Kini Usahawan Berjaya


Oleh Nurul Hanis Izmir Rencana dua bahagian ini mengisahkan pengembaraan seorang remaja yang membesar di estet di Perak ke England, setahun sebelum negara mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Perjalanan yang penuh getir untuk memberi sinar kehidupan baru untuk keluarga yang dihimpit kemiskinan. Dari England ke Australia dan kemudiannya ke Kampuchea, hasil usaha gigih meletakkan beliau yang kini berusia 82 tahun sebagai usahawan berjaya. Ikuti pengembaraan Robert K Chelliah dalam bahagian 1 daripada dua bahagian ini. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Walaupun puluhan tahun meninggalkan tanah air, namun Malaysia tetap negara tercinta dalam hati Robert K Chelliah, 82, seorang usahawan dan pakar pemakanan tumbuhan perubatan. Nostalgia ini saban tahun meruntun hatinya menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kesempitan hidup ketika membesar di estet di Perak (Teluk Intan dan Sungai Siput) serta tekad mahu membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan membuatkan anak bongsu daripada tiga beradik ini membawa diri ke England ketika berusia dalam lingkungan 17 tahun. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments