Rencana : Intervensi Awal Mampu Tangani Alzheimer


Oleh Muhammad Basir Roslan Artikel ini bersempena Hari Alzheimer Sedunia yang disambut pada setiap 21 Sept.   KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Demensia atau nyanyuk merupakan antara gejala yang sering ditemukan dalam kalangan warga emas. Antara punya nyanyuk ialah Alzheimer, iaitu penyakit yang disebabkan oleh neurodegeneratif atau penyusutan sel saraf otak atau ringkasnya penuaan sel otak. Alzheimer boleh berlaku secara berperingkat atau progresif, dan individu yang menghidapi penyakit ini akan menunjukkan perubahan ketara dari segi keupayaan mental dan sosial. Antara penyumbang kepada penyakit Alzheimer ialah kecelaan kognitif ringan (MCI), status transisi yang mana penghidap mulai mengalami masalah lupa namun tidak serius sehingga menjejaskan kehidupan seharian.   Menurut Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia, yang membimbangkan ialah kajian menunjukkan kira-kira 45.2 peratus warga emas di Semenanjung Malaysia mengalami MCI.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments