Rencana : PICK Buka Laluan Untuk "merdeka" Daripada COVID-19 - Petugas Kesihatan


Oleh Muhammad Izzuddin Abd Razak KUALA LUMPUR (Bernama) -- Buat tahun kedua berturut-turut sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia diraikan dalam norma baharu dek penularan COVID-19 yang masih belum dapat dikawal. Namun pemerhatian penulis mendapati sambutan kali ini agak lebih terserlah dengan lebih banyak premis dan kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang berbanding tahun lepas. Malah, media sosial juga dipenuhi klip video yang memaparkan ahli masyarakat meraikan Bulan Kebangsaan 2021 sekalipun dikekang prosedur operasi standard (SOP). Barangkali, berbanding tahun lepas, masyarakat kini semakin optimis yang kita akan dapat “memerdekakan” negara daripada belenggu COVID-19, khususnya melalui program pemvaksinan yang sekarang menuju fasa akhir.   Pastinya harapan lebih tinggi dalam kalangan petugas kesihatan yang sejak awal tahun lepas berkorban tenaga dan masa melebihi tuntutan tugas demi memastikan mereka yang dijangkiti virus maut itu mendapat rawatan terbaik. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments