Rencana : Rawatan Fisioterapi Bantu Pesakit "lawan" Covid-19


Oleh Rafe'aton Md. Ali KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Hari-hari adik berdoa kepada Allah supaya mama cepat sembuh daripada COVID-19, moga mama cepat balik dan boleh peluk adik. Adik tak nak mama mati, adik sayang mama.” Demikianlah kata-kata yang diiringi tangisan Nur Alisya Balqis Mohd Dzahuddin, 7,  melalui panggilan telefon kepada ibunya Noor Hazila Muhammad, 43, pesakit COVID-19 kategori 3, sepanjang dua minggu wanita itu dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini, Julai lepas. Tangisan anak bongsu kesayangan pada setiap malam itulah yang membuatkan Noor Hazila atau lebih mesra disapa Lala, kembali bersemangat dan berusaha memulihkan diri daripada kesengsaraan sakit COVID-19 dengan melakukan senaman dan mengikuti arahan rawatan fisioterapi secara maya. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments