Rencana : Usaha Pastikan Makanan Warisan Pulut Tetal Tidak Pupus


Oleh Rohani Mohd Ibrahim KUALA LUMPUR (Bernama) --Terdapat 213 makanan Malaysia yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan (kategori warisan tidak ketara) termasuk nasi lemak, roti canai dan teh tarik.   Turut tersenarai adalah pulut tetal atau pulut tai tai, makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya, yang bertapak di bumi Melaka sejak kira-kira 600 tahun lalu.  Hidangan pencuci mulut yang berasaskan pulut, berwarna biru nila dan putih ini turut dikenali sebagai pulut tekan, disenaraikan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2012 bersama makanan Baba dan Nyonya lain termasuk bubur cha-cha, popia serta pie tee.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments