Rencana : Biogeotrail Kubang Badak Gamit Pengunjung Teroka 12 Tapak Penuh Sejarah


Oleh Muhammad Basir Roslan LANGKAWI (Bernama) -- Lawatan ke Langkawi mungkin tidak lengkap jika tidak meneroka Biogeotrail Kubang Badak di Sungai Kubang Badak yang  merangkumi 12 geotapak, antaranya Bukit Menora, Sungai Siam dan Gua Pinang. Sungai Kubang Badak pada suatu ketika dahulu merupakan antara pengeluar utama arang kayu yang dihasilkan daripada pokok bakau minyak dan bakau kurap, namun menurut pemandu pelancong bertauliah Iqramullah Othman, aktiviti itu dihentikan selepas gugusan Pulau Langkawi diiktiraf  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark. Turut dikenali sebagai Langkawi Geopark, pengiktirafan itu yang diperoleh pada 1 Jun 2007, merangkumi kesemua 99 pulau (104 ketika air surut) dan merupakan gugusan pulau yang pertama diiktiraf di Asia Tenggara -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments