Rencana : Hidup Bersama Endemik COVID-19 Tuntut Kebersihan Tangan


Oleh Balkish Awang Artikel ini bersempena Hari Mencuci Tangan Sedunia yang disambut pada setiap 15 Okt. KUALA LUMPU (Bernama) -- Selepas hampir dua tahun rakyat negara ini menjalani kehidupan dalam kekangan, mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19, masyarakat kini bersedia untuk hidup bersama-sama virus itu sebagai endemik, iaitu akan sentiasa ada dalam persekitaran.   Justeru, mahu tidak mahu rakyat perlu terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan semasa fasa pandemik, terutamanya dalam aspek kebersihan iaitu mencuci atau membasuh tangan. Apatah lagi kerajaan telah melonggarkan sebahagian besar sekatan termasuk dari segi pergerakan rentas daerah dan negeri, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk kembali melakukan aktiviti sosial. Ini turut bermakna perlu lebih kerap membasuh tangan bagi mengelakkan jangkitan virus yang tidak mengenal belas itu. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments