Rencana : Jenayah Dalam Talian Berkaitan Agama Perlu Ke Mahkamah Syariah


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Laman media sosial semakin disalah guna untuk melakukan jenayah termasuk yang berkaitan hal agama Islam, namun setakat ini difahamkan belum ada tindakan pendakwaan dibuat di Mahkamah Syariah. Memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad S.A.W, agama Islam serta institusi raja adalah antara perkara yang tular di media sosial dan jenayah agama dalam talian ini, yang ibarat penyakit barah, jika tidak di'cantas', dikhuatiri akan terus berleluasa. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sudah tentunya akan mencetuskan perasaan marah dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam negara ini khususnya, yang boleh mengeruhkan suasana harmoni hidup antara kaum. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments