Rencana : Teknologi Bolehkan Makanan Unggul Beriklim Sederhana Ditanam Di Malaysia


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sesetengah sayur-sayuran daun hijau yang dikelompokkan sebagai makanan unggul (superfood) dan hanya tumbuh subur di kawasan beriklim sederhana, sebenarnya boleh ditanam di kawasan tropika. Ini yang dibuktikan oleh sebuah syarikat, Sustenir Agriculture yang menggalakkan konsep kebun bandar menggunakan kaedah penanaman lestari mesra alam sekitar, di atas tapak seluas 7,500 kaki persegi di Kajang, Selangor. Tapak itu  dipenuhi sayur-sayuran bukan tanaman asal seperti kubis kerinting (kale) Kinky dan Toscano, selada, serta salad ‘rocket’ atau arugula dan ‘ice plant’. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments