Rencana : Emily Bangga Beg Rekaannya Jadi "Pembawa" Dokumen Bajet 2022


Oleh Noorazlina Jindeh KENINGAU (Bernama) -- Pembentangan Bajet 2022 pada hujung bulan lepas membawa kebanggaan yang tersendiri kepada Emily Jeneble, 40, dari Kampung Batu Lunguyan Sook di sini. Masakan tidak, hasil kerja tangannya diguna oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk membawa dokumen Bajet 2022 ke Parlimen dan menjadi tumpuan lensa kamera media pada hari berkenaan.  Usahawan kraf berketurunan Dusun itu berkata beg dokumen tersebut diperbuat daripada anyaman buluh dan kanvas kapas, dihiasi anyaman kelarai (berbentuk dam), iaitu motif anyaman asli masyarakatnya. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments