Rencana : Peranan Profesional Kesihatan Perlu Untuk Cegah Penggunaan Ubat Tidak Terbukti Rawat COVID-19


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Laporan demi laporan disiarkan oleh media, bersumberkan autoriti sahih, bahawa hingga kini COVID-19 belum ada penawar, namun masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terpedaya dengan pelbagai ubat-ubatan yang kononnya mampu merawat jangkitan itu. Iklan mengenai ubat-ubatan sedemikian masih berleluasa di platform media sosial, dan antara ubat yang popular dan mendapat permintaan tinggi ialah Ivermectin, ubat yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) hanya untuk merawat parasit seperti cacing. Diberi julukan "pil cegah mati”, Ivermectin didakwa mampu mencegah kematian dan kesan serius akibat COVID-19, sekali gus menjadi "penawar” yang dicari-cari oleh kebanyakan ahli masyarakat dan turut membawa kepada lambakan ubat itu dari luar negara.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments