Rencana : Bidang Perkapalan Gamit Wanita Berani Untuk Redah Ombak


Oleh Norsyafawati Ab Wahab SHAH ALAM (Bernama) -- Kerjaya dalam bidang perkapalan lazimnya lebih sinonim dengan kaum lelaki kerana, antara lain, persekitaran tempat kerja yang amat mencabar, menguji mental serta fizikal seseorang. Justeru, tidak menghairankan jika statistik Kementerian Pengangkutan pada 2019 merekodkan hanya 72 wanita Malaysia berkecimpung dalam bidang itu, atau satu peratus daripada 7,226 pelaut tempatan. Menjengah ke dalam komuniti pelaut wanita, rata-rata menyatakan penglibatan mereka dalam bidang itu pada awalnya adalah secara “tidak sengaja” kerana tidak ada pilihan lain. Namun, ibarat peribahasa alah bisa tegal biasa, mereka kini betah dengan kehidupan di laut, malah mengalu-alukan lebih ramai kaum hawa mengikuti jejak langkah mereka. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments