Rencana : Tiada Diskriminasi Dalam Tugas Sukarelawan, Langkaui Batas Bangsa, Agama


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebagai sebuah negara majmuk, umum mengakui masyarakat Malaysia tidak pernah sunyi daripada polemik perkauman, namun, dalam soal membantu sesama manusia, rata-rata rakyat negara ini mengetepikan perbezaan bangsa dan agama. Malah, ada yang melangkah lebih jauh dengan menjadi sukarelawan yang pada kebanyakan masa membantu saudara bukan sebangsa atau seagama, seperti bekas Miss World Malaysia 2008 yang juga selebriti tanah air Dr Soo Wincci, 36.   "Apa juga agama dan kepercayaan yang kita pegang, saya percaya semuanya menggalakkan kita untuk melakukan kebaikan kepada semua orang tanpa sebarang diskriminasi,” kata wanita berketurunan Tionghoa itu, menjelaskan sebab di sebalik kerja amal beliau yang kebanyakannya membabitkan masyarakat Islam. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments