Rencana : Waspada Dengan Penyakit Bawaan Air Dan Vektor Ketika Musim Banjir - Pakar


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Banjir besar yang melanda Lembah Klang pada hujung minggu baru-baru ini berlaku tanpa diduga oleh kebanyakan mereka yang terlibat, dan bagi sesetengah daripada mereka pula bencana itu adalah fenomena asing lantaran sudah berpuluh tahun tidak mengalaminya.  Banjir mungkin telah surut di kebanyakan tempat, dan mangsa kini berdepan dengan impak bencana itu - kerosakan harta benda - dan lebih malang lagi apabila ada yang kehilangan ahli keluarga akibat lemas dalam kejadian tersebut.   Pada masa yang sama, mereka berdepan risiko limunan iaitu jangkitan penyakit yang lazim hadir bersama-sama bencana alam tersebut. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments